Wednesday, December 30, 2009

LATAR BELAKANG PROGRAM PRASEKOLAH KPM


LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

18 DISEMBER 1991

Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah.

Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)

Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 JUN 2001Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolah

BILANGAN KELAS PRASEKOLAH

Sehingga 15 Januari 2010 sebanyak 7511 buah kelas telah dibuka di bawah KPM.

MAKLUMAT GURU PRASEKOLAH

Guru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada;

1. Guru Lepasan Diploma

2. Guru Siswazah

VISI & MISI PENDIDIKAN PRASEKOLAH KPM


VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"

MISI

"Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara."

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH


MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.